Image Hosted by ImageShack.us
Mai secawan

Wednesday, April 15, 2009

Herba Keputihan

Harga :
Semenanjung Malaysia: RM 20.00
Sabah & Sarawak: RM 22.00

Keputihan atau Leukorhea adalah sejenis penyakit yang dihidapi pada faraj wanita. Ia berbentuk lendir berwarna putih yang berbau busuk dan akan mengakibatkan gatal. Wanita yang menghadapi masalah ini akan menunjukkan tanda-tanda pucat pada wajahnya dan sering mengalami keletihan. Emosi wanita tersebut akan mudah terganggu. Keputihan juga akan mengakibatkan rahim wanta tersebut menjadi kendur dan sekaligus menurunkan keinginan nafsu seks.

Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
Melastoma Malabathricum

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada malam dan 1 kapsul pada waktu pagi.
Amat baik jika disinergikan dengan H.B atau Teh Herba.

Minyak Kelapa Dara (VCO) Softgel

Harga :
Semenanjung Malaysia: RM 32.00
Sabah & Sarawak: RM 36.00

Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) boleh diguna untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit menawan. Ini kerana kandungannya tinggi nurisi dan dihasilkan daripada pati kelapa dara organik yang bebas kolesterol. Penggunaan yang berterusan akan mengurangkan kadar kolesterol tidak baik, low-density lipoproteins (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik, high-density lipoproteins (HDL).

Antara khasiat lain Minyak Kelapa Dara (VCO) :
  • membantu mengurangkan risiko kanser
  • membantu menyingkirkan batu karang dan batu hempedu serta mengawal diabetes
  • meningkatkan sistem imunisasi badan
  • meningkatkan sistem penghadaman, penyerapan nutrien, kadar metabolisme dan pembakaran lemak
  • memudahkan proses bersalin
  • mengurangkan risiko arterioklerosis dan penyakit jantung
  • memperbaiki dan memulihkan struktur kulit yang rosak
  • menolong meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kelemumur
  • membantu mencegah osteoporosi

Habbatussauda’ Softgel

Harga :
Semenanjung Malaysia: RM 48.00
Sabah & Sarawak: RM 58.00

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino. Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati rheumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
  • Mempertingkatkan sistem immuniti
  • Meningkatkan tenaga seksual

Organik Mengkudu

Harga :
Semenanjung Malaysia: RM 20.00
Sabah & Sarawak: RM 22.00

Mengkudu (Morinda Citrifolia) yang berasal dari Asia Tenggara, Australia dan Kepulauan Pasifik telah digunakan secara meluas dalam tujuan perawatan pelbagai jenis penyakit. HPA menggunakan mengkudu hasil dari tanaman secara organik bagi memastikan nilai perubatan yang maksimum kepada para pengamal produk tersebut. Kajian telah mendapati Produk Organik Mengkudu HPA telah terbukti untuk mengubati permasalahan berikut:-

  • Menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Membantu dan merangsang hormon melatonin dan serotonin.
  • Membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
  • Bertindak sebagai anti peradangan dan mengurangkan kesakitan kepada Pengidap Arthritis.
  • Anti Histimik.
  • Melindungi usus dari serangan bakteria perosak dan membantu pencernaan.
  • Memelihara sistem jantung.
  • Menghentikan pertumbuhan sel kanser dan pra kanser.
  • Memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel T.
  • Anti penuaan.
  • Mencegah kencing manis tahap 1 dan 2.
  • Mencegah ketegangan (stress) dan Stroke.
  • Memelihara fungsi ginjal.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

Morinda Citrifolia

Dos :

Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada malam.

Pelawas

Harga :
Semenanjung Malaysia: RM 20.00
Sabah & Sarawak: RM 22.00

Usus merupakan organ utama dalam menentukan kesihatan seseorang. Makanan yang berserat tinggi dapat mengurangkan risiko kepada penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi. Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus. Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Sehubungan dengan itu, Pelawas dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana ia bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas. Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan amat sesuai untuk penderita kencing manis kerana Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.

Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.

Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Kandungan Bahan:
Ipmea Reptans

Cara Pemakanan:
Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.

Jumlah Kandungan:
75 kapsul per botol

Minyak Zaitun Softgel

Harga :
Semenanjung Malaysia: RM 32.00
Sabah & Sarawak: RM 36.00

Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan

Roselle

Harga:
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Produk yang menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Roselle Kapsul amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh manusia.

Khasiat herba Roselle:

Anti Penuaan

Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.

Pencegahan Penyakit Kardiovaskular
Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.

Pencegah Kanser
Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

Demam Panas/Selesema
Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.

Resdung (alergi) dan Lelah (asma)
Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.

Stress/Sukar tidur
Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

Masalah lain
Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.

Komposisi (75 Kapsul per botol):
Hibiscus Sabdariffa

Dos:
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.