Image Hosted by ImageShack.us
Mai secawan

Wednesday, April 15, 2009

Sate Ayam Organik

Sate Ayam Organik (20 cucuk)
Harga : RM 15.00

Sejak Mac 2009 HPA telah mula mengedarkan sate organik HPA dipasaran dalam bentuk sejuk beku. Walaupun harganya agak tinggi sedikit tetapi ianya menggunakan ayam organik HPA dan selepas ini sate kambing dan lembu organik juga akan dikeluarkan. Produk ini boleh dimasukkan dalam menu kenduri kendara sama seperti ais krim.

Menu ini telah di hidangkan kepada PJS semasa perasmian kilang kopi di Jejawi Perlis. Sate ini juga disediakan dalam sediaan separuh masak hanya perlu dipanaskan didalam oven sahaja sebelum dihidangkan. Selamat mencuba resepi organik kita bersama.

Aiskrim Toyyibah

Telah mula beredar dipasaran. Beberapa buah cawangan telah membuat persediaan untuk pembelian Freezer. Selain daripada makan bersama pisang, aiskrim tersebut juga boleh ditaburi dengan badam atau kismis . Teksturnya yang halus memberikan sedikit perbezaan antara aiskrim toiyibah dengan aiskrim yang lain. Perasa kopi radix mengandungi 7 herba dan disediakan sedikit pahit bagi tujuan kesihatan. Diluar negara mereka lebih suka aiskrim yang agak pahit dibandingkan dengan yang manis.

Aiskrim Toyyibah mempunyai 4 perisa iaitu:
1. Aiskrim Toyyibah Vanilla
2. Aiskrim Toyyibah Jagung
3. Aiskrim Toyyibah Kopi Radix
4. Aiskrim Toyyibah Koko Radix

Harga:
1.5 liter ~ RM 8.00
500 ml ~ RM 4.00.

H.B

Harga:
Semenanjung Malaysia: RM 22.oo
Sabah & Sarawak: RM 25.00

H.B (dulu dikenali sebagai Health B) menggunakan bahan utama Hydrocotyle Asiatica (pegaga) dan Amaranthus Spinosus (bayam duri) yang amat baik untuk meningkatkan daya imunisasi dan tenaga khususnya kepada mereka yang mengalami kekurangan kadar darah merah dan mengatasi kelesuan tubuh badan. Selain dari itu, H.B juga dapat mengubati permasalahan berikut:-

1. Menghancurkan batu karang.
2. Penyakit kencing manis.
3. Penyakit keputihan.
4. Penyakit saraf.
5. Penyakit kulit.
6. Penyakit asma.
7. Masalah sembelit, perut kembung dan peptic ulser.
8. Demam panas.
9. Penyakit kuning atau jaundis.
10. Sifilis.
11. Buasir.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Hydrocotyle Asiatica

2.Amaranthus Spinosus

Dos:
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

D'DUE

Harga:
Semenanjung Malaysia: RM 75.00
Sabah & Sarawak: RM 85.00

D’DEU (dulu dikenali sebagai D’Heat). Tubuh mempunyai kemampuan tersendiri dalam mengawal suhu badan. Namun apabila mekanisma tubuh rosak, maka tubuh akan mengalami suhu di paras yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan kepada sistem saraf dan hormon yang tidak stabil. Tanda-tandanya ialah muka dan lidah seseorang itu menjadi pucat akibat meningkatnya suhu. Ini akan berlaku gangguan emosi seseorang.

Roselle Hibiscus Sabdariffa mempunyai lebih 20 kali ganda Vitamin C yang terdapat dalam limau. Ia disinergikan dengan herba pilihan yang mempunyai kesan diuretik (memperbanyakkan pengeluaran air kencing) dan antipiretik (membuang kepanasan). Apabila mengamalkan D’Deu dalam tempoh waktu 10 minit, akan berlaku dimana seseorang itu akan terasa hendak membuang air kecil. Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang larut dalam air. Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui urin.

Kekurangan Vitamin C seseorang adalah disebabkan oleh apa yang dikatakan ‘mal absorbtion’ di mana proses serapan tidak dapat dilakukan . Ini adalah disebabkan Vitamin C tidak boleh diserap tanpa adanya mineral. D’Deu diperkuatkan dengan mineral organik yang telah dicernakan dalam sistem pencerrnaan tumbuhan. Ini bererti Vitamin C akan diserap keseluruhannya apabila mengamalkan D’Deu akan dapat dirasakan dalam tempoh waktu 7 hari. Pengguna akan merasakan tubuhnya kembali bertenaga.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Bamboo
3. Imperata Cylindrica
4. Ficus Callircarpa
5. Ipomea Reptans
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa

Dos:
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

D'KARM

Harga :
Semenanjung Malaysia: RM 75.00
Sabah & Sarawak: RM 85.00

Ketidakseimbangan angin dan suhu di dalam badan adalah faktor kedua punca utama penyebab penyakit. Keadaan ini khusus disebabkan oleh sistem pencernaan yang mengalami gangguan dan kerosakan. Pembedahan di bahagian perut dan masalah enzim serta kondisi yang tersumbat adalah penyumbang kepada mengapa berlakunya keadaan sedemikian. Cinamomum Iners atau Teja Lawang yang mengandungi minyak meruap adalah herba yang amat mujarab untuk terapi ini.

D’Karm juga diperkuatkan dengan Psyllium, sejenis herba yang mengembang seperti jeli dapat membantu dalam proses pencernaan dalam usus bertindak sebagai ‘colon cleansing’ atau mengatasi masalah kolon yang tersumbat. Hal yang sedemikian sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan gangguan kepada sistem pembuangan air besar. Satu kefahaman tertua mengatakan bahawa hampir 90% daripada penyakit bermula di usus. Ini bermaksud kita harus memastikan kondisi kolon kita dalam keadaan bersih dan tidak wujud najis-najis yang terlau lama dan tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan normal.

D’Karm akan mengembang dan bertindak untuk menarik sisa bahan buangan yang masih terlekat pada dinding usus. Pengguna akan merasa lancar dan lawas sekiranya D’Karm dijadikan amalan dan dalam keadaan sama ia boleh menghilangkan sakit sendi dan sakit pinggang. Pengguna juga akan mendapati kadar kolesterol akan menurun kepada paras yang normal sekiranya mengamalkannya secara berterusan selama 6 bulan. Ini secara langsung akan menurunkan tekanan darah ke paras yang normal.

Kesan bintik-bintik putih pada tapak tangan serta tangan yang dingin adalah tanda-tanda seseorang itu menghadapi masalah pencernaan dan sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan suhu dan angin dalam tubuh badan mereka yang mendorong kepada lemahnya imunisasi seseorang. Pengguna D’Karm disarankan minum air sebanyak 2.5 liter (10 gelas) air setiap hari bagi memastikan kesan dapat dilihat dalam masa 7 hari.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Vitex Pebuscens
2. Morinda Eliptica
3. Eurycoma Longifolia
4. Cinanomum Iners
5. Coscinumm Blemeanum
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa

Dos :
Bergantung kepada berat badan.
40 kg (1-2 kapsul)
40 kg ke atas (2 - 4 kapsul)
Pengambilan sebelum makan kecuali mereka yang menghadapi ulser dan gastrik, perlu ambil sesudah makan.

D'DET

Harga :
Semenanjung Malaysia: RM 75.00
Sabah & Sarawak: RM 85.00

D’DET (dulu dikenali sebagai D’Tork) membawa konsep pembersih atau ‘cleansing’ melalui penghilangan toksid khususnya yang terdapat dalam hati dan memberi kesan tidak langsung terhadap ginjal, nodus, limpa, usus, paru-paru dan darah. Kami tidak menyatakan bahawa semua penyakit boleh diubati dengan D’Det, tetapi ramai orang yang tampil dengan testimoni (kesaksian) kesembuhan dari penyakit yang mereka deritai setelah mengamalkan D’Det.

D’Det bukan ubat dan bukan makanan kesihatan sembarangan, ia berpotensi menjadi puluhan kali ubat. Ianya adalah puluhan potensi herba gabungan sinergi pilihan disediakan oleh orang-orang yang benar-benar mengerti ilmu perubatan alamiah. Setelah 7 hari mengkonsumi D’Det tenaga akan bertambah, ini menandakan sistem imuniti anda semakin aktif berfungsi mempertahankan tubuh badan anda. Inilah keadaan terbaik dalam membangkitkan daya tahan tubuh. Oleh sebab itu, D’Det juga dikenal sebagai pembangkit (empowering) daya tahan tubuh yang ampuh.

Komposisi (60 kapsul per botol) :
1. Spirulina
2. Vitex Eliptica
3. Morinda Eliptica
4. Andro graphis Paniculata
5. Tinospora Paniculata
6. Hidrocotyle Asiatica

Dos:
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti askit gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

Stoma-K

Harga :
Semenanjung Malaysia: RM 22.00
Sabah & Sarawak: RM 25.00

Stoma K adalah satu bentuk ramuan yang dihasilkan 100% dari herba dan tidak mengandungi bahan kimia. Bahan aktif falam produk ini ialah (-) Hydrocytic Acid (-) HCA ini berupaya untuk mengurangkan selera makan, membantu penghasilan dan penyimpanan lemak dan mengaktifkan pembakaran lemak. Formula ini amat berkesan untuk mengatasi permasalahan obesiti. Keadaan in akan menyebabkan kebanyakan kalori ditukarkan kepada glikogen dalam hati dan hanya sedikit kalori akan disimpan sebagai lemak. Kebanyakan produk pelangsing dan menurunkan berat badan yag terdapat di pasaran menggunkan bahan kimia yang boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan khusus kepada gangguan tekanan jantung. Stoma K amat sesuai dan selamat digunakan kerana:-
  1. HCA tidak diklasifikasikan sebagai dadah.
  2. HCA tidak bertindak balas dalam mitokondria, maka proses penghasilan tenaga secara normal dalam kitaran kreb tidak diganggu.

Kesan Stoma K tidak akan berkurang setelah digunakan pada jangka masa tertentu.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Centella Asiatica.

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.